Thursday 3 October 2013

KISAHKAN

Mari.. Duduk sini. Aku cerita kisah aku satu persatu.

Aku lahir pada 5 November 1994. Di hospital Tapah.
Aku anak biasa.
Anak kepada pekerja JHEOA dan seorang suri rumah.
Keluarga kami tak semewah kalian.
Hidup pun sampai skrg masih menumpang sewa rumah orang.
4 Tahun pertama aku dilahirkan, kami sekeluarga tinggal di kuarters JHEOA.
Masa tu hidup bertiga je sebelum adik aku lahir 4 tahun selepas aku.
Adik beradik? Ramai.
Dr perkahwinan pertama abah - ada 5 org anak. 3 abg 1 kakak seorang adik perempuan. Beza setahun dgn aku.
Dr perkahwinan pertama emak - 6 org anak. 5 abang seorang kakak.
Abah bercerai dgn isteri pertama.
Mak pula cerai mati.
Hasil pertemuan akad mereka lahir lah aku dan adik aku, Syahrul. Kami dua beradik.
Hidup kami tak semewah orang.
Abah mencari rezeki dgn berniaga selain dr bekerja.
Abah buat barang kraf. Cantik. Sumpit, tabung, bingkai cermin, kotak tisu dan mcm2 lagi abah boleh buat.
Abah ambik pencen awal. 4/5 tahun selepas aku lahir.
Berniaga lebih baik katanya.
Dulu pakai motor. Pergi berniaga berhujan panas berpancit bagai kami 3 beranak. Mak kendong aku. Abah bawak buluh. Atas motor kapcai kami.
Org pandang pun tidak kami kt tepi jalan.
Selepas adik aku lahir. Abah beli kereta.
Toyota corolla.
Masa tu ada skit rezeki lebih kan.
Lepas tu apa kes ntah.  abah tukar kereta kancil biru.
Semua second hand. Masa tu mana mampu beli kereta baru.

Kemudian......

P/S : ada sambungan... Nnt aku cerita... Jadikan cerita aku sbg pedoman ya. Hargai ibu bapa kalian. :')

1 comment:

  1. Teruskan menulis. Jangan berhenti (www.tamansangputeri.blogspot.com)

    ReplyDelete