Thursday 3 October 2013

KISAHKAN

Mari.. Duduk sini. Aku cerita kisah aku satu persatu.

Aku lahir pada 5 November 1994. Di hospital Tapah.
Aku anak biasa.
Anak kepada pekerja JHEOA dan seorang suri rumah.
Keluarga kami tak semewah kalian.
Hidup pun sampai skrg masih menumpang sewa rumah orang.
4 Tahun pertama aku dilahirkan, kami sekeluarga tinggal di kuarters JHEOA.
Masa tu hidup bertiga je sebelum adik aku lahir 4 tahun selepas aku.
Adik beradik? Ramai.
Dr perkahwinan pertama abah - ada 5 org anak. 3 abg 1 kakak seorang adik perempuan. Beza setahun dgn aku.
Dr perkahwinan pertama emak - 6 org anak. 5 abang seorang kakak.
Abah bercerai dgn isteri pertama.
Mak pula cerai mati.
Hasil pertemuan akad mereka lahir lah aku dan adik aku, Syahrul. Kami dua beradik.
Hidup kami tak semewah orang.
Abah mencari rezeki dgn berniaga selain dr bekerja.
Abah buat barang kraf. Cantik. Sumpit, tabung, bingkai cermin, kotak tisu dan mcm2 lagi abah boleh buat.
Abah ambik pencen awal. 4/5 tahun selepas aku lahir.
Berniaga lebih baik katanya.
Dulu pakai motor. Pergi berniaga berhujan panas berpancit bagai kami 3 beranak. Mak kendong aku. Abah bawak buluh. Atas motor kapcai kami.
Org pandang pun tidak kami kt tepi jalan.
Selepas adik aku lahir. Abah beli kereta.
Toyota corolla.
Masa tu ada skit rezeki lebih kan.
Lepas tu apa kes ntah.  abah tukar kereta kancil biru.
Semua second hand. Masa tu mana mampu beli kereta baru.

Kemudian......

P/S : ada sambungan... Nnt aku cerita... Jadikan cerita aku sbg pedoman ya. Hargai ibu bapa kalian. :')

Tuesday 24 September 2013

Haiyaa haiyaaa

assalamualaikum... kalian...

aku sekarang ni tak tau nak coret apa kat blog aku ni. dh bersawang tau blog teman ni. haiyaa.
aku nak coret2 pasal dunia life.... tp aku bizi lah. form 6 kan. memang aku tak sempat nk pandang blog aku ni. dah la ni blog yg keberapa ntah. hahaha

tkpe, relax. lagi 2 bulan aku nak habis belajar slm tingkatan 6 ni. sooooo..... nnt aku akan update bebanyak,,.... update yg best2 aje..... hahaha . kot best la... best bg aku... yawww...

cukup lah. tak tau nk coret ape dahhh.....

hahahahaha....

kkk....

bubyyeeeee

salam....................................................................... :*

Tuesday 4 June 2013

INDAH

Dulu.. Aku mengharapkan datangnya indah,
Menyapa hari suram yang berlalu,
Namun ia bagaikan sesat dilaluan kelam,
Tidak bertemu jalan keluar untuk menyapa aku,
Setiap hari bagaikan ilusi,
Penantian aku dipenuhi debar,
Aku tunggu dan terus menunggu,
Akan hadirnya indah...
Indah? Hanya mimpi, mimpi yang hadir di siang hari,
Tidak hadir membelah hari dan meniti waktu bersama,
Aku diam...
Aku lalui hari berlalu bagai meniti jambatan usang,
Tiada ubah tiada beza,
Hari hari berlalu bagai pepohon berdaun lebat namun ada botaknya,
Pasti ada dedaun layu jatuh kebumi setiap detik,
Hanya menanti reput diserap hati.

Thursday 21 March 2013

Kecewa

Haih laaa...sungguh laa aku ni kecewa ya amat bila rasa apa yg kita buat selama ni sia-sia.. Langsung tk dihargai... Adui... Sedih sedih jugak... Tp nk buat macam mana.... Manusia kan... Sikapnya nak yg elok aje... Yg kita tak elok ni campak je tepi.. Guna bila perlu je... Hahaha... Pandangan mata pon kita tau laa... Bila dgn orang lain senyum kemain.. Dgn kita. Bila kita senyum balas nye endah tak endah je... Allahuakhbar.... Terasa mcm kena hempap je hati ni.... Tk apa lah... Semoga kamu semua bahagia ya.... Aku sanggup bertahan untuk 300 hari yg masih berbaki ni... :)

P/s : sabar je la yg mampu

Friday 22 February 2013

Sabar itu sebahagian daripada IMAN

SABAR... Sgt penting untuk kita sentiasa bersabar dlm apa jua yg kita lalui dlm dunia ni.. Memang.. Memang tak semua orang suka dgn cara kita.. Tp kita tetap harus bersabar... Bak kata sahabat... "takpe.. ALLAH suka org yg saba ni.. Dan pasti ada ganjaran yg special untuk org2 yg sabar.. Tak kira la selama mana pun kita trpaksa bersabar".. Yes.. Betul tu... Kita ni kena sentiasa bersabar dlm harungi hidup ni.. Tl kira la sesukar mana pun ujian yg Allah bg.. Dan percaya pada quotes ni "setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya yg tersembunyi".. Aku pun bukan la seorang yg kuat dan tinggi tahap kesabarannya.. Tapi aku sentiasa berusaha untuk bersabar... Sbb aku yakin dgn Qada dan Qadar Allah.. Dan aku yakin dgn apa yg Allah dah tetapkan untuk kita... Bg aku... Kdg2 aku cuba untuk lari dr semua ujian ni... Tp hakikatnya kita tk boleh lari dr semua tu... Bertahan... Aku kena bertahan dgn semua ni walaupun hakikatnya sgt sakit untuk aku tahan... Hati ni rasa mcm diperah dgn kuat bila org sekeliling buat kita rasa makan hati sgt2...SABAR dan TERUS BERSABAR... Walaupun tk tau la sampai bila harus bersabar... Dan kalau aku... Dlm proses bersabar ni aku akan buat sesuatu yg akan menggembirakan aku... Yg aku suka... Tp tanpa mmbabitkan apa2 atau sesiapa yg boleh buat aku sakit hati.. Lbh baik jauhkan diri drpd mnjadi lebih teruk.. Kan... So.... What to do... ENJOY YOUR LIFE..

P/s : bg aku... Walau apa pun yg berlaku sama ada yg yg buruk atau tak.. Aku tetap -->> makan dgn kenyangnya... Tidur dgn lenanya.. Mandi dgn basah dan lamanya... Hahaha... Benda2 lain tu semua campak tepi... Dan... ADA AKU KISAH?!! hahaha... Enjoy our life... That's more important than keep thinking about the stupid things that can make us feel down... Isn't it... Hahaha... Enjoy... ;D

Wednesday 23 January 2013

Hujan

Malam ni hujan turun. Sungguh...hujan sangat mendamaikan bila kita perhatikan dan dengar dengan betul bunyi titis-titis hujan yg menghempas ke bumi. Kadang2 hujan boleh membuatkan hati aku ni tenang setenang-tenangnya... Seriously mendamaikan.. Sangat! Setiap apa yg ada kat keliling kita ni ada seni disebaliknya.. Mcm hujan... Ada nada yg indah kalau kita dgr betul2... Antara hobi aku ialah menghayati apa yg sdg berlaku di sekeliling aku dan cuba menganalisis semua tu... Drpd aku fikir yg bkn2 lbh baik aku fikir ttg ciptaan Allah yg berada kt keliling aku ni kan... Damai dan menenangkan.. Tak ada la stress je dgn benda2 mengarut...

P/s : tak percaya try la hayati semua tu... ;)

Sunday 20 January 2013

Muka sardin

Yeahhh...kami mmg suka brrgambar. Si kecik tu namanya NUR DAMIA AMIRAH BINTI SYAIDIL JUMAT. Panjang kann.. Haha. Aku ler tu yg bg nama tu kat bdk nih. Ank saudara paling rapat dan paling manja dgn aku. Manja nya mcm aku ni pulak yg beranakkan dia. Haha. Aku jaga dia since lepas dia lahir lg. Masa mak dia pntg mak dia kerap sakit2.. Alahan masa pantang. So aku la kena jaga damia bwk pergi check up bagai... Sampai org ingat anak aku... Haha. Lawak. Sampai skrg la bdk ni ssh nk berenggang dgn aku. Makin pandai berckp jd sakit hati pulak aku. Asyik nak membangkang je. Haha. Kbnykkan perangai dia sebijik perangai aku. Umi dia pon sllu komplen perangai damia ni mcm aku. Aku sengih je laaa... Apa boleh buat kan. Hahaha. Ni tgh tunggu adik dia dlahirkan pulak. Dlm bln 3 nnt. Anak ketiga la bg umi mia ni. Dan anak sedara yg ke 11 or 12 kot bg aku. Haha ramai kan. Gasak laa aku lepas ni.. Hehehe...

p/s : umur bru 19 ank sedara dh berderet. Haahaha. Rahmat rahmat. Alhamdulillah. ;)